Aboy & Mas

1 nov 2009, Rantau Panjang, Klang :

*
  1. Terima kasih Mas & aboy kerana mempercayai Ajib photography utk merakamkan majlis korang.
  2. Semoga bahagia ke akhir hayat.
  3. Kepada pengunjung blog ni sila la comment..supaya aku dapat memperbaiki mutu dan keunggulan...

MFaizal a.k.a Ajib
Photographer
Tel : +60123133885
Email : biskut_peanut1@yahoo.com
Blog : http://ajibfoto.blogspot.com
Website : http://c9images.com/blog/
YM : biskut_peanut1

7D

Semenjak 2menjak ni ramai penggiat seni foto dah beralih ke 7D..7D bukan no ekor tapi 1 jenis camera keluaran terbaru dari pengeluar canon..mula2 aku dapat tahu yus @ matranggie dgn pevey beli dulu..baru2 ni seorang kawan aku pun dah beralih dari cap N ke C7D..aku ke studio dia yg baru siap pergi melihat,memegang,mengodek dan mencuba permainan terbaru ni yang pasti nye memang lazat..nak tahu lebih lanjut tgk kat www.dpreview.com. lepas ni yg ada 40d beralih ke 7d atau 5dmII..bagi aku lens,pengalaman dan ilmu yg aku pentingkan dulu..dia org xper la..masyyuukkk..aku ikut dari belakang je la..tak larat nak ikut..1 lagi berita baru aku terima..ada sorang lg sahabat akan ke 7D jugak setelah melihat keadaan sekeliling semakin dipenuhi 7D .nak tahu siapa kita sama2 tunggu dan lihat.

Seminar In Photography Costing

Isnin,12 okt: gua bersama group C9 dan kwn2 pergi ke workshop yang dianjurkan oleh photoskool. workshop ni bermula jam 8 mlm bertempat di UM. gua bersama yg lain sampai tepat jam 8 setelah abg wan tanya jalan macam mana nak ke fakulti undang-undang kat awek tepi jalan.Kalau lu org nak tau apa benda workshop ni..lain kali kalau ada lagi lu org datang sendiri..gua malas nak cerita. kat sini gua nak kongsi sedikit gambar je masa hari kejadian.
Phua bersama geng CS.. orang di belakang tu ..abg wan semasa beliau di soal siasat.

Selamat Hari Raya

Sudah 17 syawal kita berhari raya..agak nye masih belum terlambat sy nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR & BATIN sekira nye ada kesalahan sepanjang perkenalan ini pada kawan-kawan seperjuangan kawan2 lepak, kawan2 opis dan pengunjung-pengunjung blog sy dan pengikut setia blog ni. agak berkurun jugak lah sy x update blog ni..maaf la sebab byk urusan keluarga dan kerja.

setelah sebulan kita berpuasa (korang semua puasa penuh x tahun ni..hihihihi) hari yg di nanti pun tiba..bg yg berkeluarga mcm sy ni biasa la..sebuk sikit menguruskan persiapan anak2 dan rumah.paling best gi shooping la..tp tahun ni sy x byk sgt membeli, cukup la sekadar yg termampu..yg penting baju anak2...paling tak lupa masa shooping hari tu..sy nak belikan baju dan seluar anak yg sulung dia boleh kata danish tak nak seluar pendek ..nak seluar panjang mcm papa. bila potong gambut pun sama..danish nak buat rambut mcm papa..pendek kata semua nak mcm papa..saat ni lah buat sy terfikir..dah besar rupa nye anak aku ni..cepat betul masa berlalu...hahahahaha.

Raya tahun ni agak sunyi sikit kalau berbanding raya masa sy kecik2 dulu..bkn apa kalau dulu di kampung sebut raya je sena meletup sini meletup..melawan2 dia org main mercun dgn meriam buluh. tp ada bagus nye tak main mercun sebab byk sgt yg tercedera terputus tgn la jari la..tu sebab kerajaan kuatkuasakan undang2 larangan penjualan merucun. tp sy tgk ramai je yg jual..open pulak tu..errrmmm..di kampung meriam buluh pun masih ada lg tp tak serancak dulu..mcm jenis meriam ada..meriam buluh,meriam batang kelapa, meriam batang paip dan mcm nama lg la..tp semua tu disebut meriam buluh.sempena raya tahun ni tak banyak gambar yg saya ambil adalah sekeping dua ..sebab sibuk beraya ke rumah2 sanak saudara..maklum la nak berjalan kena pegang anak lg nak pegang camera errrmm tak dapat...xtak cukup tangan nak pegang..hihihihi..
*amaran kanak2 dilarang bermain permainan ini tanpa kebenaran dan tanpa pengawasan org tua.



pesanan:
- jemput la kerumah kita makan kuih raya.
- nak duit raya datang isap botol baru aku bagi..hahahahha

Rizal & Hidayah


Lokasi : Puncak Alam

Tarikh : 13 June 2009


nota:

-thank mior ..sudi mengajak gua join shoot sama.
-best sesangat sebab shoot di sekitar rumah gua.. :D

Dari kiri: En.Mior, En.Akmal , Rizal & Hidayah, En.Faiz dan Gua selaku tuan rumah..(jgn gelak)

2 gambar di atas mengunakan canon mark4 & di ambik oleh abg wan.
*abg wan..gua cilok 2 gambar ni yer..

Dr. Ali & Malini

Lokasi : Taman Selayang

Tarikh : 6 June 2009

* thank faiz..sebab bagi peluang join.

One Team

Sabtu, 13 june 2009, Hari ni aku takder job tapi banyak kerja yang tertangguh nak edit gambar, membetulkan kereta, gunting gambut dan macam2 lah keje aku nak buat..tp mcm biasa la ..apa yg kita nak buat tentu tak jadi..lepas je aku keluar dari spa kete (biasa la kete pun nak gi spa)..aku dpt msg dari kwn adik aku iaitu si jawer atau nama betul izwan..ajak join dia. kata nye ada even terbesar ada kete sport, mewah ,ada makan-makan dan mcm2 la aku pun x dpt nak membayang kan mcm mana..(org kalau dah pegang camera pantang dgr ada even nak pergi je) mcm biasa aku akan ajak kawan2 yang free..yer la nak shoot sorang2 tak best. mior,akmal, faiz dan aku saja akan pergi serbu tempat tu, kawan2 yg lain sori lor tak ajak sebab aku tau korang semua sebuk. majlis tu berlangsung di tasik shah alam betul2 berhadapan dengan sirim. aku ingat kan even tv3 ..yer la yang bagi tau aku tu staff tv3 rupa nye even one team..aku pun tak tau apa benda one team tu, tapi dari risikan aku rupa nye dia orang ni syarikat MLM..kalau betul la,aku pun x tau. punya la ramai manusia mungkin semua ahli-ahli one team jugak kot dgn sorakan yang berlawan antara satu sama lain...yang pelik nye semua ahli muda-muda..tah la makin aku tak paham. bila saja kereta-kereta seperti CLS,Brabus, 5 series, 3 series, Z4, Nissan 350z, Honda Intergra, Subaru Impreza dan mcm2 lg datang.... lagi kuat sorakan dia orang dgn laugan

"Ape kabar semuaaa???"
"kabar baik! Yesssss!!!"
" abg hansom..nak saiiinnnn!!"

makin pelik lak aku tgk....tp Rasa bangga je kalau aku yg duk dlm kete tu..hihihihi. kami pun tak lama kat sini sebab kami nak ke sunway. si akmal dah janji dengan jas. kat sana pun ada even pasal kereta jugak. korang nak tgk even tu mcm mana?. tunggggguuuuuu ......

GFII President Cup 2009


Event : GFII Golf Tournament
Tempat: Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah(KGSAAS)
Tarikh: 29 March 2009

semenjak dua menjak ni..terasa rajin la pulak nak upload gambar. mungkin aku asik tertinggal dengan kawan-kawan yang lain dan terasa nak bersaing je dengan dia orang..tapi takper persaigan sihat. lepas ni aku akan selongkar lagi gambar-gambar lama dan akan menyusur kemudian satu persatu hihihihi..ok berbalik pada cerita golf ni. seramai 6 orang photographer telah turun menjalankan tugas dan di sini lah bermula nye creative 9 images. rupa nye sukan golf ni tengok je senang tapi susah jugak nak main..banyak peraturan. aku pun dah tak ingat apa peraturan dia, nak shoot pun kena ada peraturan..kalau tak mau kena baling dengan club. tapi aku rasa terharu la sebab aku berjaya mendapat gambar yang terbaik untuk dihadiahkan pada tan sri dato' seri (dr.) Hj.Abu Hassan Hj.Omar (bekas menteri besar selangor). ok cerita gambar yang mana terbaik tu korang tunggu la next entry..sementara tu layan la serba sikit gambar tournament ni.. Dari belakang kanan: Faiz, Tom, Rizal, Wan.
Dari depan kanan: Akmal dan aku Ajib.

Cek Pah & Pek Lah




Tasik shah alam, 6/6/2009, thanks mior sebab sudi menjagak aku bersama shoot model cek pah dengan pek lah ni...diorang ni sporting kepala gila-gila nak pulak si cek pah pandai bergaya..x payah suruh buat dia tau je apa nak buat. shoot kali ni adalah untuk Ms.Zilla dari head to toe bridal's. bukan aku berdua dengan si mior tapi abam rosyam yes (tom), endok (faiz), Mr.Manager (abg wan), kak ina dan Atom pun ada. thank abg wan sebab sudi join kami dari mula sampai abis..sampai aku kesian lak tgk wife dia kak ina mcm dah letih je..tapi abg wan memang ada bakat pegang speedlite.. hihihihi. aku malas nak berceloteh panjang sebenar nye..so korang layan je la gambar-gambar yang aku dah shoot ni.

Blogger Templates by Blog Forum