One Team

Sabtu, 13 june 2009, Hari ni aku takder job tapi banyak kerja yang tertangguh nak edit gambar, membetulkan kereta, gunting gambut dan macam2 lah keje aku nak buat..tp mcm biasa la ..apa yg kita nak buat tentu tak jadi..lepas je aku keluar dari spa kete (biasa la kete pun nak gi spa)..aku dpt msg dari kwn adik aku iaitu si jawer atau nama betul izwan..ajak join dia. kata nye ada even terbesar ada kete sport, mewah ,ada makan-makan dan mcm2 la aku pun x dpt nak membayang kan mcm mana..(org kalau dah pegang camera pantang dgr ada even nak pergi je) mcm biasa aku akan ajak kawan2 yang free..yer la nak shoot sorang2 tak best. mior,akmal, faiz dan aku saja akan pergi serbu tempat tu, kawan2 yg lain sori lor tak ajak sebab aku tau korang semua sebuk. majlis tu berlangsung di tasik shah alam betul2 berhadapan dengan sirim. aku ingat kan even tv3 ..yer la yang bagi tau aku tu staff tv3 rupa nye even one team..aku pun tak tau apa benda one team tu, tapi dari risikan aku rupa nye dia orang ni syarikat MLM..kalau betul la,aku pun x tau. punya la ramai manusia mungkin semua ahli-ahli one team jugak kot dgn sorakan yang berlawan antara satu sama lain...yang pelik nye semua ahli muda-muda..tah la makin aku tak paham. bila saja kereta-kereta seperti CLS,Brabus, 5 series, 3 series, Z4, Nissan 350z, Honda Intergra, Subaru Impreza dan mcm2 lg datang.... lagi kuat sorakan dia orang dgn laugan

"Ape kabar semuaaa???"
"kabar baik! Yesssss!!!"
" abg hansom..nak saiiinnnn!!"

makin pelik lak aku tgk....tp Rasa bangga je kalau aku yg duk dlm kete tu..hihihihi. kami pun tak lama kat sini sebab kami nak ke sunway. si akmal dah janji dengan jas. kat sana pun ada even pasal kereta jugak. korang nak tgk even tu mcm mana?. tunggggguuuuuu ......

GFII President Cup 2009


Event : GFII Golf Tournament
Tempat: Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah(KGSAAS)
Tarikh: 29 March 2009

semenjak dua menjak ni..terasa rajin la pulak nak upload gambar. mungkin aku asik tertinggal dengan kawan-kawan yang lain dan terasa nak bersaing je dengan dia orang..tapi takper persaigan sihat. lepas ni aku akan selongkar lagi gambar-gambar lama dan akan menyusur kemudian satu persatu hihihihi..ok berbalik pada cerita golf ni. seramai 6 orang photographer telah turun menjalankan tugas dan di sini lah bermula nye creative 9 images. rupa nye sukan golf ni tengok je senang tapi susah jugak nak main..banyak peraturan. aku pun dah tak ingat apa peraturan dia, nak shoot pun kena ada peraturan..kalau tak mau kena baling dengan club. tapi aku rasa terharu la sebab aku berjaya mendapat gambar yang terbaik untuk dihadiahkan pada tan sri dato' seri (dr.) Hj.Abu Hassan Hj.Omar (bekas menteri besar selangor). ok cerita gambar yang mana terbaik tu korang tunggu la next entry..sementara tu layan la serba sikit gambar tournament ni.. Dari belakang kanan: Faiz, Tom, Rizal, Wan.
Dari depan kanan: Akmal dan aku Ajib.

Cek Pah & Pek Lah




Tasik shah alam, 6/6/2009, thanks mior sebab sudi menjagak aku bersama shoot model cek pah dengan pek lah ni...diorang ni sporting kepala gila-gila nak pulak si cek pah pandai bergaya..x payah suruh buat dia tau je apa nak buat. shoot kali ni adalah untuk Ms.Zilla dari head to toe bridal's. bukan aku berdua dengan si mior tapi abam rosyam yes (tom), endok (faiz), Mr.Manager (abg wan), kak ina dan Atom pun ada. thank abg wan sebab sudi join kami dari mula sampai abis..sampai aku kesian lak tgk wife dia kak ina mcm dah letih je..tapi abg wan memang ada bakat pegang speedlite.. hihihihi. aku malas nak berceloteh panjang sebenar nye..so korang layan je la gambar-gambar yang aku dah shoot ni.

Sg.Petani,Kedah

Alhamdullilah sekali lagi aku berpeluang ke kedah..tq noriah sebab memberi kepercayan untuk menjadi op di majlis adik ipar nye di kuala ketil.. zakiah & saiful, sebenar nye banyak lg aku nak cerita pasal majlis dia org ni..mcm2 dugaan..apa pun korang tunggu la full entry wedding dia org ni. aku berada di sana selama 3 hari 2 malam,dah macam rancangan tv lak..aku duk hotel di sg.petani jauh jugak la dari rumah pegantin,majlis zakiah jumaat & ahad jadi hari sabtu adalah hari aku berjalan-jalan la..tp yg x best nye hujan pulak ..so tak boleh nak kemana..nasib la sebelah petang nye ok..dalam kul 4-5 petang aku pun keluar ..yer la x pernah sampai sg.petani,nak tengok gak macam mana tempat org ni..aku pun pusing punya pusing akhir nye aku pun jumpa jugak yang dinamakan bandar sungai petani.tempat pertama aku pergi stesyen keratapi. semasa berjalan2 di sekitar stesyen aku di tegur seorang pakcik ni....rupa nye dia ahli ASfONS (Angkatan Seni Foto Negeri Selangor) orang melaka tapi pernah tinggal di rawang.lama jugak kami bersembang2 pasal gambar dari zaman filem sampai digital ni. dengan masa yang singkat x banyak yg sempat aku shoot sebab hari dah nak malam..sebenar nye aku takut jugak jalan sorang kat tempat org..so korang layan la gambar2 yg sempat aku ambik ni.. En.Abdul Hadi pemilik restoran & homestay (asfons). jangan lupa comment sekali yer..

Blogger Templates by Blog Forum